Isnin, 30 Disember 2013

HEBATNYA

aku kagum .
aku terkesima.
aku terkaku .
hebatnyaa dia .
kentalnya dia .
gigihnya dia .

aku kagum pada perubahan dia .
perubahan yang menyenangkan .
perubahan yang memberi aku pengajaran .
perubahan yang memberi aku kekuatan dan semangat untuk terus mengamalkan Syariat Allah .

Allahu Rabbi .
dalam diam , aku terpesona dengan dia .
dalam diam , aku sentiasa mendoakan dia .

dia budak sekolah agama , di sangat banyak ujian , dia sendiri pernah tewas .
dia sangat cantik , dia sangat sopan ,
dia seorang yang keanak-anakan .
dia manja , dalam diam dia tegas dengan pendiriannya !

Dulu , bersekolah agama .
bertudung litup , berbaju longgar , hanya tudung biasa , namun masih menutup .
dia yakin dengan penampilan sebegitu .
dia tegas sebegitu walaupun rakan berlainan penampilan .
dia cuba istiqamah ...

Pernah , bersekolah harian .
masih bertudung , namun cuba mendedah , kurang rasa malunya ,
dia hampir tersungkur ,
dia hampir meninggalkan pendiriannya ,
dia pernah tewas dengan dugaan rakan keliling .
mungkin , dia tidak berada di zon yang sepatutnya .
dan dia perlukan sahabat yang perlu menariknya ke jalan yang sebenar .

Ketika ini , Alhamdulillah .
bertudung litup , rapat sesungguhnya .
semakin labuh , semakin sopan .
berjubah , bersedehana . sejuk mata memandang .
hatinya mula yakin dengan cara itu .

Jujur !
aku sangat cemburu dengan penampilannya ,
aku sangat senang dengan perubahannya ,
aku sangat kagum dengan pendiriannya .

Allah , kuatkan lah hamba-Mu ini .
berilah aku kekuatan untuk menajdi seperti dia .
berilah aku peluang untuk merebut menjadi
WANITA SOLEHAH .
yang tinggi darjatnya di sisi Ar-Rahman .

dengan izin Nya 

bukan untuk dipandang hebat oleh manusia ,
tapi untuk aku mengikut Syariat Allah .


Khamis, 26 Disember 2013

ANEH

berbagai bagai .
pelbagai .
bercampu baur .
tidak keruan .

Allahu Rabbi .

feel that . why ?

Isnin, 23 Disember 2013

PELANGI

aku nampak merah .
aku nampak jingga .
aku nampak kuning .
aku nampak hijau .
aku nampak biru . double biru .
aku nampak indigo .

cukup ! cukup tujuh warna .
sama seperti perasaan aku .

layan perasaan kejap ~

MERAH : aku nampak marah  , aku tampak marah , sifat yang buruk . mula menampakkan kepada yang umum . wahai hati , marah itu sifat siapa ? elakkan . kurangkan . ketepikan !
JINGGA : warna yang kelihatan lembut , lembut dalam tegas !
aku akui , aku terlalu berlembut dengan hati . sehingga menyebabkan perasaan yang tidak enak sedang bersuka ria bertandang . aku tidak mahu itu terjadi .
KUNING : banyak orang tak mahu dekat . padahal , ia warna yang ceria . warna yang terang . warna yang galak .
dan ia telah melambangkan aku ketika ini . yang sedang cuba senyum , walau dalam perit . sakit . pedih .
HIJAU : nyaman . tenang dan menenangkan . cuba berlagak tenang . cuba berlagak seolah tiada apa yang berlaku . memberi semangat kepada diri sendiri . memberi perangsang untuk hati .
BIRU oh DOUBLE BIRU : perlu ada dua plihan , antara suram dan terang . antara sedih dan gembira .
INDIGO : lembutnya warna . lembuatnya hati . rapuhnya perasaan . hampir . retak .

bercampur baur .
berantakan .
celaru .
serba tak kena .

ya Allah . tenangkan hati hati hambu Mu ini .


COUPLE

ada apa dengan couple ?
seronok sangat ke ?
apa perasaan orang couple ?

orang kata couple tu segalanya indah .
segalanya bahagia ,
yelaa . ada yang caring , ada yang amek berat , ada yang sentiasa tanya khabar .
tapi tahu takk ?
couple sebelum nikah tu tak patut .
dan . TAK PERLU !
cuba fikir .
orang kata cinta itu buta . couple tu bercinta la kan ?
kalau dah buta , maka dia punn buta hati , mulalah bayangkan macam macam tentang pasangan dia .
dah buta hati , buta mata pula , mulalah segala adegan haram dia halalkan .

wahai Miss Hawa dan Mr. Adams !
pernah tak terfikir bahawa dunia ni dah nak kiamat ?
dunia dah tua sangat ,
dah nak hancur .
generasi kita ni entah sempat hidup lama mahupun tidak .
dah dekat sangat dengan kematian
dah nak dekat sangat dengan kehancuran !

kita ni beriya iya mengharapkan
'aku kalau boleh nak hadapi kiamat tu dalam keadaan tenang , takutlah kalau aku nampak kiamat depan mata '
tapi .. kita sendiri tak pernah nak ubah diri , hati , batasan kita ke arah itu !
kenapa ?
Limaza ?
why ??

fikirlah wahai generasi muda ,
kalau nak bercinta sekali punn .
carilah cinta Allah dan Rasul dulu
baru bercinta , dengan cara yang halal .
in sha Allah bahagia dunia dan akhirat .

Cintakan Bunga , bunga akan layu ,
Cintakan Manusia , manusia akan mati ,
Cintakan Rasulullah , cinta Sejati , 
Cintakan Allah . Cinta kekal Abadi 




Selasa, 3 Disember 2013

PERGI

dia dah pergi .
pergi tinggalkan aku .
aku sendiri .
mencari identiti .

kenapa dia perlu pergi ?
sedangkan aku masih memerlukan dia .
tapi .
aku faham .
dia perlukan ruang , dia perlukan masa , dia perlukan sokongan .

dia budak yang hebat . tinggi ilmu dia . dia petah berbicara .
tapi dia tewas , dengan perasaan sendiri .
perasaan yang selama ini dia cuba elakkan .
perasaan fitrah setiap insan , yang ingin menyayangi dan disayangi .

namun ,
akhirnya dia sedar . dia sedar yang dia dah salah langkah .
dia leka .
dia lalai dengan godaan dunia . dugaan daripada seorang perempuan .

dan .
akhirnya ,
dia luahkan perasaan . bahawa perasaan yang dia selama ni rasa : adalah PERIT yang menyakitkan .
dia rasa sangat sangat berdosa .

dan aku terus ,
TERKEDU !
aku mula menyusun kata katanya di benak fikiran . dan aku mula menangkap .
dan membawa maksud yang mendalam :

'aku perlu pergi untuk hentikan perkara perkara yang lebih mudharat berlaku'

aku diam . tak mampu untuk melakukan apa .
juga aku tak mampu ungkapkan sebarang kata .
mata aku mati untuk menitiskan air . dan biarkan dia terus berlalu pergi .

aku menghantar dia hanya melalui doa .
doa yang tak pernah padam dalam hati aku .
semoga hidup dia berseri selalu . seperti dulu .
semoga hidupnya dinaungi Rahman dan Rahim Khaliq selalu .