Sabtu, 15 Februari 2014

SANAH HELWAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM 

Sanah helwah ukhti 
dia seorang yang baik . 
ilmunya sangat tinggi . 
bila dia bersuara ,aku sentiasa kagum . 
aku sangat respect dia . 

kawan yang baik 
kawan yang boleh kongsi suka dan duka 
kawan yang sentiasa tersenyum 
kawan yang tak dapat diduga mood dia . 
dia marah dalam senyum . 
dia menegur bersebab 
dia juga kawan yang mudah mesra . 

sangat menghormati yang lebih tua . 
sangat yang menyayangi yang lebih muda . 
sangat prihatin kepada yang sebaya .

dia manusia biasa , 
tapi menjadi luar biasa kerana ilmunya .
menjadi luar biasa kerana prihatinnya terhadap umat sekeliling . 

kini , dia genap 20 tahun . 
tapi , sikapnya lebih matang dari umurnya , 
dan sangat nakal bila kena pada masanya ! 

HAPPY BIRTHDAY KHALIS ! 
MAY ALLAH EASE YOU ALWAYS . 


semoga boleh jumpa lagi . 
In Shaa Allah , aku sayang kau kerana Allah sampai ke Syurga ! 





Ahad, 2 Februari 2014

TAHNIAH !

Bismillahirrahmanirrahim . 


TAHNIAH beribu ribu tahniah kepada pelajar yang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)  Kolej Islam Sultan Alam Shah 2012/2013 .
semuanya hebat hebat belaka .
semuanya cemerlang berjaya .
semuanya senyum gembira .
semuanya bersyukur kepada yang Maha Esa .

mereka hebat , kerana mereka bersederhana .
mereka hebat , kerana mereka berbudi bahasa .
mereka hebat ,  kerana mereka sentiasa bekerjasama .
apa yang paling penting , mereka hebat kerana mereka SANGAT rapat dengan SANG PENCIPTA  !

Allahu ,
berbezanya aku dengan mereka .

Macam mana pula dengan keputusan aku nanti ?
adakah aku masih oleh senang hati ?
adakah aku masih boleh tersenyum hingga ke pipi ?
ataupun , aku akan kecewa dengan diri sendiri ?
dan terus menyalahkan pena berlari ?

Ya Allah ,
walau macam mana punn keputusan aku nanti .
Kau kuatkan lah iman aku ini kepada Mu .
Kau tetapkan lah hati ini agar sentiasa bersyukur dengan nikmat Mu .
pejalanan aku tidak akan mati terus disitu .
aku seorang Da'ie .
perlu kuat untuk insani !

TAHNIAH ! beribu tahniah ^_^


ALLAH knows  The Best ~!


dari sahabat yang sangat keratif !

sahabat yang baik , petah berbicara .
Khalis Shahirah , Zatil Nazihah 



tersenyum kesyukuran :) 

barisan pelajar cemerlang dan tenaga pengajar yang hebat !

Ahmad Suhaib , pelajar cemerlang 

Mumtaz Sofi (mumtaz penuh) 
antara pelajar Mumtaz 

PB . pelajar Mumtaz 

PH . pelajar Mumtaz 

calon dari tanah air (Rafizin,Ammar, Suhaib)

ditemu bual oleh RTM 
sahabat yang memberi sokongan