Selasa, 3 Disember 2013

PERGI

dia dah pergi .
pergi tinggalkan aku .
aku sendiri .
mencari identiti .

kenapa dia perlu pergi ?
sedangkan aku masih memerlukan dia .
tapi .
aku faham .
dia perlukan ruang , dia perlukan masa , dia perlukan sokongan .

dia budak yang hebat . tinggi ilmu dia . dia petah berbicara .
tapi dia tewas , dengan perasaan sendiri .
perasaan yang selama ini dia cuba elakkan .
perasaan fitrah setiap insan , yang ingin menyayangi dan disayangi .

namun ,
akhirnya dia sedar . dia sedar yang dia dah salah langkah .
dia leka .
dia lalai dengan godaan dunia . dugaan daripada seorang perempuan .

dan .
akhirnya ,
dia luahkan perasaan . bahawa perasaan yang dia selama ni rasa : adalah PERIT yang menyakitkan .
dia rasa sangat sangat berdosa .

dan aku terus ,
TERKEDU !
aku mula menyusun kata katanya di benak fikiran . dan aku mula menangkap .
dan membawa maksud yang mendalam :

'aku perlu pergi untuk hentikan perkara perkara yang lebih mudharat berlaku'

aku diam . tak mampu untuk melakukan apa .
juga aku tak mampu ungkapkan sebarang kata .
mata aku mati untuk menitiskan air . dan biarkan dia terus berlalu pergi .

aku menghantar dia hanya melalui doa .
doa yang tak pernah padam dalam hati aku .
semoga hidup dia berseri selalu . seperti dulu .
semoga hidupnya dinaungi Rahman dan Rahim Khaliq selalu .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan