Rabu, 29 Januari 2014

PERLU KE ?

"maaf , ini mungkin menyinggung perasaan awak , 
saya tak berniat , tapi apa kata , beri saya masa dan ruang untuk fikir hal ni ? "
"Berapa lama ? "
"Tujuh tahun mungkin ?"
"baik aku carik lainn"

HUH ?
wahai Hawa , memang perlu menjual diri dan maruah awak tu semahal mahalnyaa .
tapi jangan laa , nak sama tarafkan ego awak dengan maruah awak tuu .
letak laa bawah sikit , mungkin separas jam tangan awak je .
cukup laa .

Hawa ,
cukuplah sekadar kita menjaga mata ,
cukuplah sekadar kita menutup aurat dengan sempurna ,
cukuplah sekadar kita menjga hati ,
cukuplah sekadar kita mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi segalanya .

tapi .
jangan lah kita sesekali menganggap kitalah paling sempurna ,
jangan menganggap , kita paling baik ,
jangan menganggap kita layak dapat pasangan yang diidamkan ,
dan jangan sesekali kita memandang kelemahan orang lain dan menghinanya walaupun dalam diam !

Hawa ,
tak salah kita nak 'jual mahal'
bersikap tegas dengan Adam .
tapi , ingatlah wahai Hawa , kita ni kaum yang sentiasa disayangi ,
kaum yang harus dilindungi .

untuk apa kata kita pertaruhkan sesuatu yang baik ?
tiada siapa tahu , mungkinkah ada hari esok untuk kita ?
kalau hari ni , kita dapat rezeki tuu . rezeki yang sangat sangat diidamkan .
kita akan tolak ?

"Ya ! saya akan tolak ! saya dah pertaruhkan untuk Tujuh tahun lagi , baru saya akan terima rezeki tuu !" 

akan ada lagi ke rezeki yang sama untuk tujuh tahun akan datang ?
 melainkan kita dah tahu , rezeki kita akan sampai waktu tuu !
Fikirlahh wahai Hawa ,

Islam tak pernah nak membebankan ,
Islam tak pernah nak suruh awak buat semua tuu .

SESUNGGUHNYA 3 PERKARA YANG KITA TIDAK PERNAH TAHU IALAH UMUR , REZEKI DAN JODOH . 


jaga hati , dear !

bersihkan hati :) 

Ahad, 19 Januari 2014

MUSLIMAH

Muslimah itu .
Terkadang gelak kuat tak henti henti
Terkadang juga minum berdiri
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi,
Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri,
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari.

Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.


Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa.

Apa-apa pun, Yang pastinya,

Muslimah itu,

Sentiasa bangkit bila terjatuh,
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk,
Sentiasa cuba untuk improve diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur,
Itu bukan kerana dia lemah,

Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
Jadi kuat dari sebelumnya,

Kerana dia berusaha,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga di akhirat sana.


MENJADI sebelum MENCARI