Isnin, 23 September 2013

KEINGINAN

aku ingin berubah .
berubah ke arah yang baik .
kebaikan itu akan menjadi 'first impression' aku .

tapi ,
aku tahu aku tak mampu .
aku tidak mampu untuk beristiqamah .

cukuplah diri aku yang sekarang .
yang sentiasa ingin menjadi yang lebih baik .


Rabu, 18 September 2013

TAK HAIRAN

HAHA ! 
peliknya . 
kenapa ? 
kenapa ? 
kenapa orang selalu mempertikaikan benda yang dah terjadi . 
sedangkan benda tu sudah , sedang dan akan sentiasa terjadi . 

CAMNE KAU ORANG BOLEH BERKAWAN RAPAT SEDANGKAN KAU ORANG BERBEZA PERSONALITI  ??  

(disini menerangkan kawan rapat yang sejenis okay??) 
 
sesetengah orang akan jawab "ehh , sukahati kami laa " 
ada pulak yang jawab (jenis islamik sikit) " dah Allah tetapkan kami untuk bertemu" 
haii . Mr.Adam dan Ms.Hawa , sesungguhnya jawapan tu tak membantu orang punn untuk faham perhubungan korang nii . 

ohh . berkawan rapat , tapi berbeza personaliti . 

kasar dan lemah lembut 
ahli masjid dan rock jalanan 
simple dan complicated 
majikan dan orang suruhan 
orang kaya dan orang miskin 
budak pandai dan budak lemah 

tak ramai kott yang ada keistimewaan macam nii . 

kenapa perlu hairan orang macam tuu ? 
mungkin mereka berkawan atas dasar keikhlasan , kalau ikhlas kita berkawan dengan orang tuu , confirm buruk baik member dia tuu , dia boleh terima . 
mungkin mereka berkawan atas dasar sependapat , walaupun mereka lain lain cara , tapi pendapat mereka sentiasa ke arah yang SAMA ! 
mungkin mereka jenis terbuka , kalau terbuka nii . apa pun member dia cakap , member dia buat (yang patut-II laa) . dia terima dan menyokong . 
mungkin mereka sentiasa persefahaman , takde gaduh gaduh , tak buruk burukkan kawan tu sendiri kat orang lain . macam tu baru lah kawan ! 
senang je nak buat kawan rapat nii . 

kalau kita nak berkawan : 
tak perlu kott nak cemburu segala hape . member tuu nak kawan dengan orang lain . yang kita kat sini nak cemburu , nanges , merajuk laa . relax arr beb ! 
tak perlu kot nak kongkong mak aihh gila gila kat member dia tuu , 'kau tak boleh buat nii , kau tak boleh buat tuu ' sumpah ! boleh tensen gila kawan tuu . 
tak perlu terlalu berdisiplin sangat dengan kawan tuu . buat tenang sudah . dia bukannya satu badan , satu hati , satu perasaan dengan kau ponn . dia ada hak dan fikiran dia sendiri . biarkan apa yang dia nak buat , tapi kita sebagai 'kawan rapat' dia . kena lahh saling tegur , nasihat . yang lagi sorang tuu . cuba terima dengan hati terbuka :) 



senang je nak berkawan nii . 
jadinya .. 
tak perlu nak HAIRAN sangat kalau dua orang yang berbeza personaliti boleh berkawan rapat .
malah , kita kena la doakan mereka sentiasa bersahabat sampai syurga . 



Isnin, 9 September 2013

30 syawal 1434

bahagia .gembira . seronok .
menjadi kenangan yang sangat sangat sangat bermakna untuk aku .
mungkin ini adalah kenangan yang terakhir .
yang sangat bermakna !
mana nak jumpa lagi dah lepas ni .
yang duduk selangor , maybe senang nak jumpaa .
kalau yang duduk kedah ? melaka ? perak ? KL ? negeri sembilan ?
fuhh ~ jenuh nak jumpa  . HAHA !!

cerita kita 

gambar hari guru 

Khamis, 5 September 2013

HARAPAN : Penantian

assalamualaikum hati !
apa khabar hati yang kosong ? sudahkah disuap santapan rohani ??


JAGA HATI .   JAGA DIRI . JAGA IMAN .

sangat suka dengan ayat yang terakhir !!
haruskah kita menjaga iman ??
fikirlah sendiri .
mungkin ia penting untuk sekarang , dan amat penting untuk akan datang !!

Belajar ... kejarlah apa yang kamu inginkan ,
pasti kejayaan bukan ?
kejayaan yang tertulis di kertas , dan kejayaan yang diamalkan .

Jangan ... jangan pernah sesekali melupakan orang yang pernah membahagiakan kamu ..
ibu bapa , guru , shabat , teman .
mungkin juga musuh kamu sendiri !!
sesiapa pun orang yang pernah membuat kamu tercuit hati , tersenyum simpul ... walaupun ia hanya berlaku sekelip mata !!

Cubalah ... cuba agar diri kamu stia , sabar dalam satu perjalanan hidup yang kamu pilih , .
Mungkin ia kurang membahagiakan , namun ia pasti akan membawa kebaikan kepada kamu ,
satu saat nanti~
Pasti ... setelah kamu pilih , ushalah kamu berdalih , kerana sesuatu itu telah terpilih dan boleh dilatih .
Usah kamu gentar akan permainan , halangan dan kekangan yang mendatang ,
kerana Allah bersama kamu .

kata kata itu 

if not here , its there