Rabu, 31 Julai 2013

DONE !

Alhamdulillah .
Praise to Allah , 
lepas satu beban dan debaran yang sangat sangat ditunggu . 
PRESENTATION : HADITH TENTANG KEKELUARGAAN .
okay , dalam ni menceritakan seorang suami yang bertakwa dan mendapat balasan seorang isteri yang solehah .
sumpah ! best gila kalau sikakimerepek ni dapat seorang suami yang bertakwa .
dan si suami pulak dapat isteri yang solehah .
mesti rasa appreciate sangat dan akan rasa : AKU LAH ORANG YANG PALING BERUNTUNG ! 


dalam hadith Rasulullah sendiri pernah bersabda :
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin  (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya” (Riwayat Ibnu Majah).

see ???
best ke tak best ??  saling melengkapi kott  .
mesti rumah tangga bahagia gila !! 
teringinnya ~
TAKDE pergaduhan ,
TAKDE saling tak puas hati 
TAKDE saling jeles menjeles .
semua akan tenang dan berjalan dengan lancar 

CLEAN & CLEAR gitu !! 

dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya,kedudukannya atau keturunan, kecantikkan, dan agama.Maka pilihlah yang baik agamanya, nescaya engkau beruntung.”
(Riwayat
 Bukhari,Muslim,Abu Dawud,An-nasaai, dan ibnu  majah)

kahwen jumm ^^ 

indahnya 



Selasa, 30 Julai 2013

KEJAR

untuk apa kita mengejar sesuatu ?
mengejar sesuatu yang tak kita pasti ? 
mengejar sesuatu yang diharapkan , namun tak dapat digarap ?
pasti sakit bukan ?


bayangkan .. 
sedang kita mengejar sesuatu , 
namun benda yang dikejar itu tidak terkejar .
membuatkan kita semakin ingin mengejar .
sedangkan ia tidak mahu dikejar , 
namun hakikatnya , ia memang perlu dikejar ,
agar kita dapat bersama-sama , menggapai sesuatu yang memang selama ini kta kejar .
pasti hal itu akan membawa kepuasan dan seribu makna . 



walaupun rebah , tetap perlu dikejar ,
agar dapat mengejar apa yang perlu dikejar . 

KEJAR-YA-AN

BERIKAN AKU SESUATU YANG DAPAT KU GAPAI DENGAN USAHA KEJAR - MENGEJAR AKU INI SENDIRI

ya Tuhanku , anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Kau anugerahkan kepadaku dan kedua ibu bapaku .



Ahad, 28 Julai 2013

MIMPI

izinkan aku bermimpi sesuatu yang hebat


mimpi .
hebat ! hebat sangat kalau orang mampu bermimpi tentang kehidupannya pada masa akan datang .
mampukah aku ?
mampukah kita ?

mimpi : banyak sangat definisi tentang mimpi .
ada yang kata : itu hanya permainan tidur .
ada juga yang mengatakan : mimpi hanya angan angan dan cita cita .
tapi ..
itu andaian orang .
jumm tengok apa plak definisi sikakimerepek ni plak .

HAHA !!

kita jangan nak bermimpi semua orang akan hormati kita, kalau kita sendiri tak pernah nak bermimpi untuk menghormati orang lain ,
kita jangan nak pernah bermimpi kita akan jadi orang berjaya , kalau kita sendiri tak pernah nak bermimpi untuk berusaha sesungguhnya ,
jangan kita nak pernah bermimpi untuk mendapat balasan yang baik , kalau kita sendiri yang tak pernah nak bermimpi untuk buat amal kebajikan .
jangan pernah kita nak bermimpi untuk dapat suami / isteri yang soleh mahupun solehah , kalau kita sendiri tak pernah nak bermimpi jadi sebaik baik manusia ,
jangan pernah nak bermimpi nak masuk ke syurga Allah , kalau kita sendiri tak pernah nak bermimpi kita buat baik dengan Allah secara langsung mahupun tak langsung .

okay tak definisi sikakimerepek nii ??
haha ,
jangan pernah berputus asa ,
untuk jadi orang yang dihormati / berjaya / baik / soleh mahupun solehah .

ALLAH sentiasa bersama sama dengan orang yang cuba berubah .
ALLAH melihat usaha , bukan hasilnya . 



IF YOU REMEMBER ALLAH , IN PROSPERITY
HE WILL NOT FORSAKE YOU IN ADVERSITY 
ALLAH maha Esa



Khamis, 25 Julai 2013

ISTIMEWA


SANAH HELWAH yang ke SEMBILAN BELAS encik Akhi !

sambutan Hari Lahir bersama Nuzul Quran (17 Ramadhan 1434Hijriah)
INSHA ALLAH : penuh keberkatan dan keredhaan Ilahi

ingat tak tahun lepas ? aku bagi hadiah yang ala kadar saja .
tapi kau tetap hargai . terima kasih :)
last year present .
aku hanya kawan yang biasa .
yang takde kelebihan untuk membuat kawan aku sentiasa tersenyum
.
yang hanya tahu membuat orang lain terasa hati .
yang hanya pentingkan diri sendiri .
tapi satu benda je yang aku masih sedar sampai sekarang .
aku ada ALLAH , tempat yang paling istimewa dalam hati aku .
aku ada RASULULLAH , seorang lelaki yang sangat istimewa yang ku rindui
aku ada IBU BAPA , yang sangat istimewa menyayangi sementelah dari kecil .
dan aku ada seorang SAHABAT yang sangat istimewa ,
dalam sedar dan tanpa sedar
dia memberi aku semangat untuk bangkit ,
dia membantu aku untuk terus berjuang ,
dia juga yang memberi aku kesedaran bahawa aku adalah seorang da'ie di muka bumi ALLAH ini .
dan dia juga membantu aku untuk menjadi seseorang yang matang dalam tindakan , dalam pemikiran .

aku bersyukur kepada ALLAH ,
kerana aku dikurniakan seorang yang istimewa datang dalam hidup aku .



Sanah Helwah + Nuzul Quran 1434H





HAKIKAT

may i have a shoulder to cry on ?


aku tak layak !
ya ! memang aku taklayak . dan aku tahu itu .
mungkin aku patut mengundur diri .
dan mungkin aku perlu jauhkan diri dari orang yang sesempurna dia .
aku tahu aku siapa . kita umpama langit dan bumi .

andaikan masa dapat diputar kembali

SENTAP !!
sumpah aku sentap gila dengan statement dari dia .
-aku bagi nasihat kat kau ni , cuba kau terima sikit . jangan lah nak sentap sangat ! dah kau memang salah . accept it laa
okay fine ! dia kata dia bagi nasihat , tapi tu macam mengarah . apa ni wehh ?!

-kau nak salam aku ? huh !! aku salam kau ni sebab kau orang Islam je . tak lebih dari itu .
wehh , menghina tu . dia cuma salam dengan aku hanya kerana aku ni seorang MUSLIM ?
andaikan aku ni NON-MUSLIM , adakah dia akan bersalam dengan aku walaupun kami sedang berkawan ?? najis sangat ke aku nii ? okay fine !

wahai cik Hawa , aku tahu kau budak kuliah arab yang hebat gempak tu.
tapi perlu ke kau nak nasihatkan sesorang tu dengan cara menghina dia dalam diam ??
okay .
kalau kau nak aku berubah jadi macam sesempurna macam kau .
aku akui ,

 I CAN'T ! 

tapi kalau kau nak aku STAY AWAY dari kau .
I'LL TRY IT !!


pasrah , redha akan ketentuanNya




Rabu, 24 Julai 2013

pertama kali

bismillahirramanirrahim .

okay .
ini blog pertama aku .
umur 18 tahun 8 bulan baru pandai ber-blog.aku akui..
berhenti gelak laa.
papehal, tunjuk ajar sangat sangat dialu alukan.
terkial kial !