Isnin, 21 April 2014

KONGSI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah .
Allah masih bagi aku peluang untuk bernafas , dan merasai nikmat kehidupan hari ni .

hari ini , dua puluh satu bulan empat dua ribu empat belas / isnin
bertemu cikgu cikgu dan ustazah ustazah .
berjumpa dengan junior .
berbicara sesuatu .
memenuhkan hasrat seorang sahabat , teman , kawan senyum dan air mata .

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima
sekolah memang gila sporting .
sekolah memang gila tempat aku lepaskan nakal .
sekolah yang memang aku rasa : aku berkuasa kat sekolah ni !
sekolah yang memang aku buat ramai cikgu pening kepala !

hari ni : aku datang untuk kesekian kali
dan disambut dengan penuh penghormatan .
aku kaku, aku lesu , aku terpaku !
aku tak pernah rasa seperti ini , seolah olah menjadi orang penting .
dan menjadi tumpuan mata mata yang setia memerhati .

dan ,
baru aku tahu . setelah seorang yang aku sangat hormati . menitiskan air mata : gembira dan terharu .
aku keliru 'kenapa puan ini menangis'
baru aku faham selepas dia mengungkap kata syukur dan berbangga .
seorang anak didik yang dibawah jagaan dia selama lima tahun ini .
yang banyak memberi tekanan , memeningkan kepala , bebanan .
seorang anak gadis yang sedang meningkat remaja lima tahun dulu.
mencari identiti sendiri, seorang yang suka buat hal sendiri
sehingga digelar sebagai pemusnah generasi .
tapi ,
jujur aku ingin katakan . aku ttak pernah berbangga dengan hal ini .
hal yang pernah aku lewati , tanpa aku sedari .

lalu puan itu meneruskan bicara
bahawa dia tidak pernah sangka aku menjadi seprti ini . pada hari ini .
dia juga bersyukur : aku mula mengenali dunia ini , di tempat yang sangat diberkati .

aku rindu , aku ketawa , dan aku berkongsi semua isi hati aku kepada mereka .
yang belum menjejak kaki untuk menjadi dewasa .

ALLAHU~
permudahkan urusan dan murahkan rezeki mereka .
yang pernah mencurahkan bakti .
dan sangat aku hormati .
ALLAHUMMA AMEEN

TERIMA KASIH JUGA SAHABAT
anis syahirah dan harizah : kenangan kita bersama !

Khamis, 10 April 2014

BERBEZA

LAIN .
ya , lain . memang lain .
sama tinggi ilmu agama . tetapi berbeza cara pemikiran .
sama baik budinya , berbeza penuturannya .
sama punya perasaan , tapi berbeza penghormatannya .
sama punya kepercayaan, tapi berbeza kesetiaan.
dan ,
ini terlalu bnyak persamaan dan perbezaan .
bukan untuk aku membanding, dan tak layak untuk membanding.
kau adalah kau . dia adalah dia.

dia suruh aku menjaga hati, tapi dia kecundang.
dia suruh aku banyak bersabar, tapi dia memaksa.
dia suruh aku memahami, tapi dia yang membantah.
dan dia suruh aku untuk memaafkan, tapi dia yang berdendam.

dan hal ini telah berlaku,sedang berlaku dan mungkin akan berlaku untuk kesekian kali.

dan ini juga mungkin kafarah untuk aku .
yang kurang bermuhasabah diri .
yang kurang menangis kerana dosa dosa.
yang kurang akhlak dalam perilaku .
yang kata katanya terlalu laju meluncur .
yang kurang zikrullah.
dan yang paling kurang mencari Redha Allah dan ibu bapa
Allahu .

seketika,
kawan berkongsi suka duka mula menarik .
tarik ke jalan yang benar , jalan yang satu .
tarik agar mengingati Pencipta yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
tarik agar membaiki kesilapan diri .
tarik agar sentiasa mengubah sikap . memaafkan dan dimaafkan .
tarik agar mula mencintai Kitab Allah . mencari Redha Nya.
Kau sahabat yang sangat sangat awesome.
kau buat aku ini masih diperlukan . masih perlu dihargai .
kau mengingatkan diri ini kita sebagai pendosa , yang perlu mencari rahmat dan keampunan Allah .
kau mengingatkan aku kita adalah pendosa yang perlu sentiasa sujud kepadaNya .

syukran Sahabat.

kata kata itu . tersemat.