Khamis, 10 April 2014

BERBEZA

LAIN .
ya , lain . memang lain .
sama tinggi ilmu agama . tetapi berbeza cara pemikiran .
sama baik budinya , berbeza penuturannya .
sama punya perasaan , tapi berbeza penghormatannya .
sama punya kepercayaan, tapi berbeza kesetiaan.
dan ,
ini terlalu bnyak persamaan dan perbezaan .
bukan untuk aku membanding, dan tak layak untuk membanding.
kau adalah kau . dia adalah dia.

dia suruh aku menjaga hati, tapi dia kecundang.
dia suruh aku banyak bersabar, tapi dia memaksa.
dia suruh aku memahami, tapi dia yang membantah.
dan dia suruh aku untuk memaafkan, tapi dia yang berdendam.

dan hal ini telah berlaku,sedang berlaku dan mungkin akan berlaku untuk kesekian kali.

dan ini juga mungkin kafarah untuk aku .
yang kurang bermuhasabah diri .
yang kurang menangis kerana dosa dosa.
yang kurang akhlak dalam perilaku .
yang kata katanya terlalu laju meluncur .
yang kurang zikrullah.
dan yang paling kurang mencari Redha Allah dan ibu bapa
Allahu .

seketika,
kawan berkongsi suka duka mula menarik .
tarik ke jalan yang benar , jalan yang satu .
tarik agar mengingati Pencipta yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
tarik agar membaiki kesilapan diri .
tarik agar sentiasa mengubah sikap . memaafkan dan dimaafkan .
tarik agar mula mencintai Kitab Allah . mencari Redha Nya.
Kau sahabat yang sangat sangat awesome.
kau buat aku ini masih diperlukan . masih perlu dihargai .
kau mengingatkan diri ini kita sebagai pendosa , yang perlu mencari rahmat dan keampunan Allah .
kau mengingatkan aku kita adalah pendosa yang perlu sentiasa sujud kepadaNya .

syukran Sahabat.

kata kata itu . tersemat.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan