Rabu, 7 Ogos 2013

AIDILFITRI

salam aidilfitri sahabat 


alhamdulillah
dapat lagi aku merasai nikmat Allah dalam menyambut Syawal 1434H tahun nii .
Allah masih panjangkan umur aku untuk aku sambut Hari Kemenangan umat Islam .
tapi , dalam pada masa yang sama , Ramadhan telah pergi .
dalam sedar dan tak sedar , Ramadhan pergi dengan membawa semua Fadhilat dan kelebihannya .
insha Allah , kalau Allah masih panjangkan umur aku ,
aku akan bertemu lagi dengan Ramdhan tahun depan . insha Allah .
Harapnya , Ramdhan aku tahun nii , lebih baik dari tahun tahun sebelumnya .



AIDILFITRI 1434H : 
jatuh pada Hari Khamis (waktu Malaysia 08082013)




















TAKBIR BERGEMA ..
alhamdulillah . HARI KEBESARAN UMAT ISLAM
dan jangan lupa . hari pelepasan syaitan dan iblis juga .
sambutlah kemeriahan Aidilfitri ni dengan sekadarnya .
sambutlah takbir tu dengan penuh kesyukuran dan keinsafan .


bunga api ! bunga api !

MERCUN BERDENTUM ..
mak aihh ... bingit telinga aku .
tapi , benda ni lah yang bawak tanda raya dah mari .
bukan takat mercun , meriam ponn jangan lupa .
bagi kaum Adam : sangat tak kesah keluarkan beratus mala seribu rinngit ponn untuk mercun mercun tu .
mercun naga
mercun bola
mercun ketupat
merdeka shoot : 20 das , 30 das , 48 das , 100 das .
semua ada !!! asyik asyik .
tapi berpada pada lahh . tengok keliling gak , kalau ada budak kecik tuu . mau meraung satu rumah ketakutan !
bagi kanak kanak ribena plak : bunga api laa . apa lagi .. comel je .

AKU ?? 
tak ketinggalan la gak .
bukan main mercun , meriam mahupun bunga api laa
aku ponn tak ketinggalan laa kena buat persiapan dalam rumah !
walaweh ! macam nak patah tengkuk dan seangkatannya seharian buat keje rumah .
dan ...................
 JENG ! JENG ! JENG !!
aku memasak .. masak yang sepatutnya la untuk raya ..




rebus ketupat !! 

kari kambing + rendang hijau 

okay , ada abang aku disitu . 

mula nak tapau bagi kat jiran jiran 
credit to my friends : usop qodowi .. ni je yang sempat untuk publish dan snap .
jangan sedih sedih taw kat perantauan sana ,

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA SAHABAT SEKALIAN YANG MENGENALI DIRI INI . 


diri ini memohon ampun dan maaf sekiranya banyak kekhilafan yang saya lakukan . 

jumm takbir sama sama . ^^ 


2 ulasan:

  1. Baru rase raye di perantauan,hehe
    Rendang hijau?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe . sedap tuu rendang hijau ! cili pai semata . berasap !!

      Padam